Yahoo! Sports - Golf News

Wednesday, February 16, 2011

RKKC Fedexx Cup 2010

Pada 16 Jan 2010, Satu liga golf yang diberi nama RKKC Fedexx Cup telah dijayakan bersama oleh golfers di Kelab Di Raja Kampung Kuantan. Liga ini telah disertai seramai 12 golfer dan pertandingan ini telah dijalankan selama 6 bulan.Golfer yang bertanding terdiri daripada Dato' Shaari, Dzairy, Mohd Rafee, Kamal, Anuar, Fitri, Fauzi, Sahariman, Rashdan, Abas, Nor Adli dan Saiful Azhar.

Abas, Fitri, Rafee dan Nor Adli
Tujuan liga ini adalah untuk berkumpul bersama, megeratkan lagi silaturahim antara sesama golfer dan memberi pengalaman bertanding dikalangan golfer2 lain. Di samping itu, pertandingan diadakan di kelab golf berbeza-beza iaitu di kelab-kelab affiliate Kampung Kuantan. Dengan ini juga dapat memberi peluang kepada golfer untuk mencuba di lapangan yang lan. Pertandingan ini dijalankan dengan kiraan Stableford System dan terdapat dua kategori iaitu Juara bulanan dan Juara Keseluruhan Liga.

Fauzi, Dato Shaari, Rashdan, Sahariman
Liga Pertama telah diadakan di Kelab Di Raja Kampung Kuantan sebagai pembuka tirai liga. Kesemua 12 peserta telah berkumpul dan diberi penerangan akan sistem pertandingan yang digunapakai dan syarat-syarat pertandingan.

Pertandingan bermula jam 2 petang dan selesai jam 6.30 petang. Kiraan mata telah dibuat berdasarkan handicap terkini (sebenar) masing-masing dan menggunakan system didalam komputer. Sementara menunggu keputusan golfers dihidangkan jamuan makan.




Berikut adalah TOP 5 Liga pertama :-



Tempat ke 5: Roshdan













Tempat ke 4: Sahariman
Tempat ke 3: Rafee
Naib Juara: Dato Shaari

Juara: Saiful Azhar












































Kedudukan keseluruhan:-

  1. Saiful Azhar
  2. Dato' Shaari
  3. Mohd Rafee
  4. Sahariman
  5. Rashdan
  6. Dzairy
  7. Kamal
  8. Anuar
  9. Fauzi
  10. Abas
  11. Nor Adli
  12. Fitri



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...