Yahoo! Sports - Golf News

Thursday, February 17, 2011

Aku & Golf / My Golf Lifes - Part 3

Nak tahu basic step of golf ikuti sambungan kisah hidup Aku & Golf Part 3.

Setibanya aku di Cash Conveter Kelana Jaya terkejut aku melihat banyak set golf terpakai yang dijual. Murah2 tu harganye tapi takdela jenama sgt mcm Titlies ke Taylormade ke pada masa tu. Aku belek2lah set golf yang ada tu. Masa tu jenama yang ade mcm Browning, Dunlop dan lain2 lg. Ada jual loose iron, putter, wood kiranye semua adelah. Dalam pada belek tu aku tengok satu set ni elok gak ah takla buruk sgt, club face, shaft dan grip pun elok lagi.

So aku pun beli set tu jenamanya Browning, setnya lengkap dari iron 3 hingga 9, pitching wedge dan sand wedge. Yang best tu aku dapat bag sekali. Kemudian aku pilih putter dan driver tapi takde jenama la sebab pada aku biarlah aku cuba dulu main. Kalau dah ok nanti aku cari set yang lebih baik lagi.

Masa tu aku bersemangat gile yela dah ada set golf. Apa lagi balik tu terus pegi driving range kat Bandar Sri Damansara. Test club la kiranya. Di driving range aku test la set golf aku tapi maklumla tak belaja betul lagi camne nak pukul bola. Lalu aku teringat pada pakcik aku dia main golf dan rumah dia dekat dgn driving range tu. So aku pun call pakcik aku dan tanye bila dia free nak mintak tunjuk ajar. Pakcik aku kata Ok rabu 8mlm datang belajar.

Setibanya hari yang dinantikan aku tak sabar2 lagi nak belajar main golf. Pada mulanya pakcik aku kenalkan pada aku bagaimana permainan golf sebenarnya. Bila aku dah faham pakcik aku ajar perkara basic sekali sebelum mula practice atau main kita kena renggang kan otot2 badan dulu agar tak kejang dan sakit2 badan nanti. Dlm kepala aku masa tu bila nak start main golf ni.

Kemudian barulah pakcik aku ajar basic step in golf:-

STEP 1- Grip-Camne nak pegang kayu golf.
STEP 2- Posture-Camne nak setup diri di belakang bola.
STEP 3 - Ball position-Kedudukan bola masa setup
STEP 4 - Basic swing plane-Camne asas pukulan golf.
STEP 5 - Finishing-Camne finishing selepas bola dipukul

Aku disuruh ingat 5 step ni smpi bile2 dan dia kata dapatkan konsisten dalam pukulan dahulu barula fikir tentang distance. Dia juga pesan mulakan belajar dgn iron yang paling pendek/Short Iron (Iron 7-9).

Mula2 tu memang kekok, kelakar, dan lama kelamaan jadi seronok sbb makin lama kita dapat pukul bola dengan tepat.

Bak kata pepatah-Tak cuba tak tahu, bila dah try hari2 mahu.

In next post I will share to u on each basic step in golf that my uncle teach me. See u soon. Have an enjoy golfing.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...